as-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin), sebuah syarikat amanah yang menjalankan perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam telah melancarkan Portal IEP as-Salihin, sebagai satu inovasi terbaharunya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
PETALING JAYA, 5 Julai (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perancangan harta pusaka Islam, as-Salihin Trustee Berhad hari ini melancarkan portal Islamic Estate Planner (IEP) untuk memudahkan perunding dan ejennya menyedia dan menghantar permohonan secara dalam talian.