PETALING JAYA, 5 Julai (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perancangan harta pusaka Islam, as-Salihin Trustee Berhad hari ini melancarkan portal Islamic Estate Planner (IEP) untuk memudahkan perunding dan ejennya menyedia dan menghantar permohonan secara dalam talian.