CRS

Rate this item
(0 votes)
by
in CRS
on 28 Ogos, 2017

Gambaran Keseluruhan Tentang Common Reporting Standard – Soalan Lazim

  1. Apakah Common Reporting Standard (CRS)? CRS adalah satu mekanisma pengumpulan maklumat dan laporan bagi institusi kewangan negara-negara yang mengambil bahagian, bagi mengesan pengelakan cukai dan melindungi integriti sistem cukai.
  2.  
  3. Siapa yang perlu membuat laporan?

    CRS bertujuan untuk mengenalpasti status pembayar cukai bagi setiap pelanggan. Institusi kewangan dikehendaki mengenal pasti pelanggan yang merupakan pembayar cukai di luar negara dan melaporkan maklumat berkaitan pelanggan tersebut kepada pihak berkuasa cukai tempatan. Pihak berkuasa cukai tempatan akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak berkuasa cukai negara asing di mana pelanggan adalah pembayar cukai negara tersebut.

    Di Malaysia, Institusi Kewangan (MYFI) dikehendaki mengumpul maklumat dan melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), maklumat akaun kewangan pembayar cukai di luar negara. LHDN akan melaporkan maklumat ini dengan pihak berkuasa cukai negara pembayar cukai tersebut.

  4.  
  5. Kenapa as-Salihin Trustee Berhad terlibat dengan CRS?
    as-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin) perlu mengumpul maklumat cukai pelanggan. Untuk berbuat demikian, as-Salihin akan meminta pelanggan untuk melengkapkan Borang CRS. Jika anda adalah pembayar cukai di luar Malaysia, as-Salihin akan melaporkan maklumat anda kepada LHDN.
  6.  
  7. Apakah maklumat pelanggan yang diperlukan oleh as-Salihin?
    Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

     

    Individu Entiti Controlling Person*

    1) Nama
    2) No. Kad Pengenalan / No. Pasport
    3) Tarikh tamat tempoh Pasport
    4) Tarikh lahir
    5) Tempat lahir
    6) Alamat Kediaman / Alamat Surat-menyurat
    7) Negara Pembayar Cukai
    8) Nombor Pembayar Cukai

    1) Nama
    2) Alamat Perniagaan
    3) Tempat Perniagaan Ditubuhkan
    4) Negara Pembayar Cukai
    5) Nombor Pembayar Cukai
    6) Jenis Entiti
    1) Nama
    2) No. Kad Pengenalan / No. Pasport
    3) Tarikh tamat tempoh Pasport
    4) Tarikh lahir
    5) Tempat lahir
    6) Alamat Kediaman / Alamat Surat-menyurat
    7) Negara Pembayar Cukai
    8) Nombor Pembayar Cukai

    * Controlling Person merujuk kepada individu yang memiliki atau mempunyai kawalan ke atas sesuatu entiti.

  8.  
  9. Bagaimana Status Pembayar cukai saya ditakrifkan?
    as-Salihin tidak dibenarkan memberi nasihat berkaitan cukai. Umumnya, untuk menentukan negara mana yang anda bertanggungjawab untuk membayar cukai, adalah berdasarkan pendapatan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara menentukan Status Pembayar Cukai anda, sila hubungi penasihat cukai profesional atau semak di Portal OECD.
  10.  
  11. Kenapa as-Salihin melaporkan maklumat cukai saya kepada pihak berkuasa?
    as-Salihin perlu mematuhi CRS sepenuhnya. as-Salihin dikehendaki melaporkan maklumat cukai anda di bawah undang-undang yang diperkenalkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dalam CRS.
  12.  
  13. Saya merupakan pembayar cukai Malaysia, mengapa saya perlu mengisytiharkan status cukai saya?
    Di bawah CRS, as-salihin perlu mendapatkan Status Pembayar Cukai semua pelanggan, termasuk pembayar cukai Malaysia. Jika anda pembayar cukai Malaysia sahaja, maklumat anda tidak akan dilaporkan kepada LHDN.
  14.  
  15. Saya sebelum ini telah memberikan maklumat di bawah Akta Pematuhan Cukai Asing (FATCA). Mengapa as-Salihin meminta saya untuk memberikan lebih banyak maklumat di bawah CRS? CRS dan FATCA adalah peraturan cukai yang berbeza. as-Salihin diwajibkan mematuhi kedua-dua peraturan tersebut.
  16.  
  17. Apakah kesan ke atas saya jika saya tidak memberikan maklumat dan/atau dokumen yang diminta?
    as-Salihin perlu mematuhi CRS sepenuhnya. as-Salihin mungkin perlu melaporkan maklumat tertentu kepada LHDN berkaitan pelanggan yang tidak memberikan maklumat dan/atau dokumen yang diperlukan.
  18.  
  19. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam Status Pembayar Cukai saya?

    Anda hendaklah memaklumkan kepada as-Salihin secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari jika terdapat perubahan terhadap status pembayar cukai anda.

    as-Salihin akan menghubungi anda sekiranya perlu meminta dokumen atau maklumat tambahan. Anda hendaklah memberi maklumbalas dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh yang diminta oleh as-Salihin.

    Kami ingin mendapatkan kerjasama penuh daripada anda untuk memberikan kami maklumat dan/atau dokumen yang berkaitan untuk tujuan CRS tersebut sekiranya perlu. Ia adalah penting bahawa anda bertindak balas kepada semua permintaan tepat pada masanya.

    Jika CRS memberi kesan kepada anda dalam apa jua cara, sila hubungi penasihat cukai profesional anda atau merujuk ke Portal OECD, kerana as-Salihin tidak boleh menawarkan khidmat nasihat cukai profesional. Terima kasih kerana memahami dan memberi sokongan yang berterusan kepada as-Salihin.

Read 478 times Last modified on Rabu, 13 September 2017 09:15