As-Salihin bertindak sebagai Wasi atau Wasi Pengganti bagi Wasiat anda. Proses pentadbiran dijamin berjalan lancar dengan bantuan pakar Syariah dan sokongan Lembaga Penasihat Syariah.
Di as-Salihin kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka.
As-Salihin menawarkan perkhidmatan penulisan wasiat mengikut hasrat pelanggan dan berlandaskan syariat Islam.
Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Pemegang Amanah yang benar-benar menurut Islam dan komprehensif di dalam bidang-bidang seperti pendidikan, saraan hidup, korporat, kebajikan dan insurans.
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai "Harta Sepencarian".
Pri-Hibah adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.
Pri-Niaga = Perancangan untuk memastikan kelancaran pindahmilik dan kesinambungan hak perniagaan apabila berlaku situasi tertentu
Perkhidmatan wakaf yang terdapat di As-Salihin adalah khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf dan Penyediaan Perjanjian/ Dokumentasi Wakaf.
As-Salihin menawarkan perkhidmatan sebagai penjaga kepada harta kanak-kanak.
Pakej khas yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad untuk mengurangkan kos pentadbiran harta pusaka dan membantu ahli waris dalam menyelesaikan proses pembahagian harta pusaka.
Produk eksklusif yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin Trustee Berhad untuk menguruskan harta apabila berlaku ketidakupayaan mental dan fizikal padanya.
Ruangan ini adalah khusus untuk pelanggan-pelanggan kami yang telah menulis Wasiat dengan as-Salihin Trustee Berhad.
Pri-TI adalah produk Amanah melalui wang polisi Takaful/Insurans di mana pemilik polisi (“Setlor”) melantik Syarikat Amanah, as-Salihin Trustee Berhad sebagai pemegang serah hak melalui penyerahan hak mutlak dan bertindak sebagai pemegang amanah (“Pemegang Amanah”).