Amanah Takaful/Insurans (Pri-TI)

Pri-TI adalah produk Amanah melalui wang polisi Takaful/Insurans di mana pemilik polisi (“Setlor”) melantik Syarikat Amanah, as-Salihin Trustee Berhad sebagai pemegang serah hak melalui penyerahan hak mutlak dan bertindak sebagai pemegang amanah (“Pemegang Amanah”) untuk menerima polisi Takaful/Insurans dan Setlor juga dikehendaki membuat Surat Ikatan Amanah untuk menetapkan terma dan syarat bagi pengurusan Dana Amanah.

Tujuan Penyerahan Hak Mutlak ini adalah untuk membolehkan Pemegang Amanah menerima wang polisi (“Dana Amanah”) semasa Hilang Keupayaan Kekal atau apa-apa ketidakupayaan yang dilindungi oleh polisi dan mengagihkan Dana Amanah tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah bagi tujuan untuk menjaga kepentingan pemilik polisi dan/atau benefisiari tertentu.

Keistimewaan Pri-TI

  1. as-Salihin sebagai syarikat amanah akan menerima wang polisi tersebut- boleh mengelakkan daripada penyalahgunaan wang dan pecah amanah.
  2. Boleh memastikan kesinambungan legasi melalui tabung amanah.
  3. Memelihara hak benefisiari- terutama anak istimewa (OKU).
  4. Wang polisi tidak tertakluk kepada Faraid dan pentadbiran harta pusaka, berkuatkuasa serta-merta menurut terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Amanah.
  5. Mengawal cara berbelanja benefisiari (boleh menentukan jumlah, tujuan dan cara pembahagian).
  6. Boleh digunakan untuk pembayaran hutang dan yuran pentadbiran harta pusaka.
  7. Terlindung dari tuntutan pemiutang (tertakluk kepada Akta Bankrup 1967).
  8. Tidak perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk menuntut wang polisi takaful/insurans.
     

Kelebihan Pri-TI Berbanding Hibah Takaful
Sekiranya berlaku Hilang Keupayaan Kekal atau apa-apa ketidakupayaan yang dilindungi oleh polisi:

  1. Wang takaful/insurans dapat dinikmati dan dimanfaatkan oleh Settlor dan/atau benefisiari seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.
  2. Mengelakkan penyalahgunaan wang dan pecah amanah oleh individu yang mendapat kuasa.
  3. Wang Takaful/Insurans tidak terhad kepada beberapa individu sahaja.
  4. Boleh digunakan untuk pembayaran hutang tertunggak seperti pinjaman perumahan, kad kredit, bil utiliti, premium takaful/insurance bagi anak-anak atau tanggungan lain dan lain-lain komitmen bulanan/tahunan.
     

Ketika berlaku kematian:

  1. Boleh menamakan penerima gantian dan menetapkan cara serta syarat pembahagian.
  2. Boleh menetapkan pengagihan wang secara berperingkat (bulanan atau tahunan atau berdasarkan peratusan) atau membentuk tabung amanah untuk jangka masa panjang.
  3. Mengawal cara berbelanja suami/isteri atau anak-anak/benefisiari.
  4. Boleh digunakan bagi tujuan pembayaran hutang, kos menguruskan harta pusaka, derma dan wakaf yang berterusan, atau menampung perbelanjaan operasi syarikat atau perniagaan.