Apakah Harta Sepencarian?
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai "Harta Sepencarian". Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilakukan.
Perkhidmatan Harta Sepencarian di as-Salihin
Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari simati tidak bersetuju dengan tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri. Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang mampu untuk mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini ini berlaku.
Kelebihan membuat PERJANJIAN ASET PEROLEHAN BERSAMA
- Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
- Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
- Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
- Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
- Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak
- Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.